≡ Menu

Janganlah kita Mentahyulkan Risalah Suci Allah

Di dalam usaha kita menyeru manusia ke jalan Allah, janganlah dicampur adukkan yang Palsu dengan Yang Haqq. Tak perlu cerita tentang si fulan ghaib ke sana sini untuk manusia percaya yang Allah itu Maha Berkuasa. Tak perlu kata si fulan tak makan minum sebulan untuk manusia percaya yang para Solihin dapat pertolongan Allah walaupun di dal suasana yang sangat genting. Rasulullah pun sakit, beliau luka di waktu perang, naik unta untuk berhijrah, menangis memikirkan umat dan mengetatkan perut dengan batu ketika lapar. Dan beliau juga berkata yang Haqq walaupun yang Haqq itu Pahit dan tidak mudah diterima manusia. Beliau membasmi Tahyul oleh itu Janganlah kita Mentahyulkan Risalah Suci Allah.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment