≡ Menu

Salah faham …

Salam. Ada sedikit salah faham di kalangan pembaca mengenai interviu saya dan BM minggu lalu. Apa yang hendak saya ketengahkan adalah peri pentingnya kita sebagai sebuah komuniti yang minoriti untuk mempelajari dan menceduk apa-apa sahaja daripada komuniti minoriti lain, kaum India etc, untuk membawa kita ke arah kejayaan. Ini adalah anjuran Nabi Besar kita sendiri supaya kita mengambil hikmah dari mana-mana sahaja, asalkan hikmah tersebut tidak menjejas keislaman kita. Mengenai soal berbandingan, memang ada yang akan rasa kurang senang jika kita dibanding dengan komuniti lain. Namun, perbandingan sesama umat sejagat ke arah kejayaan dan kebaikan adalah Tunggak Keislaman juga. Fastabiqul khairat adalah satu dari tuntutan Allah di dalam Al-Quran supaya kaum Muslimin terus maju dan menjadi contoh kepada umat yang lain. Ala kulli hal, seperti yang saya katakan di dalam interviu tersebut, orang Melayu kita adalah kaum yang penuh bersemangat. Marilah kita gunakan semangat tersebut untuk mengejar ketokohan di dalam
semua bidang ilmu, duniawi ataupun ukhrawi. Moga-moga dengan ketokohan (expertise), keimanan (faith) dan kegigihan (perseverance), kita akan menjadi masyarakat yang dikagumi. Wallahu A’lam.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment