≡ Menu

Tunggak Pembinaan Tamadun Singapura: Raja-Raja Melayu di Abad ke-14 Bahagian 7

Lanjutan dari Bahagian 6

Menyedari bahawa Singapura tidak mempunyai kawasan pedalaman untuk pengeluaran produk utama, raja-raja Singapura telah menjadikan pulau tersebut sebuah “pusat pengumpulan” dan “pintu masuk eksport” bagi produk asli antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Barangan unik seperti kayu laka, kapas, gajah, timah, dan porselin adalah eksport utama pelabuhan Singapura. Walaupun banyak bandar-bandar pelabuhan Melayu lain juga menjual produk-produk ini, Singapura dikenali dengan kayu laka yang berkualiti tinggi. Dengan adanya produk-produk seperti ini, pedagang dari China sering datang ke Singapura. Duta-duta daripada mahkamah yang Khan Mongol juga telah melawat Singapura untuk membeli gajah. Oleh it, pada pertengahan abad ke-14, Singapura muncul sebagai pusat perdagangan yang makmur yang memenuhi permintaan pedagang dari pasaran Cina dan India dan yang memberi pekerjaan kepada penduduk yang menetap di pulau itu.1

Ekonomi Singapura juga dibina di atas bentuk perdagangan dan penghasilan yang lain. Wang Dayuan menulis di dalam catitan penjelajahannya bahawa penduduk Singapura terlibat di dalam pekerjaan logam, pembinaan kapal dan pelayaran. Mereka juga telah terlibat di dalam pelanunan bagi memaksa kapal supaya berhenti di perlabuhan Singapura. Rakyat Singapura digambarkan oleh Wang Dayuan sebagai rakyat yang sering bertukar-tukar produk mereka untuk mendapatkan kapas hijau, alat memasak dan periuk dalam perdagangan. Syiling tembaga juga digunakan sebagai medium pertukaran.2

4. Budaya yang tinggi dan masyarakat yang teratur

Ciri terakhir tetapi yang tidak kurang penting tamadun Singapura ialah ia mempunyai budaya yang tinggi dan masyarakat yang teratur. Hubungan masyarakat telah dibina di atas model Srivijaya yang dilihat oleh masyarakat nusantara pada abad ke-14 sebagai contoh yang terbaik. Kesinambungan di antara Srivijaya dan Singapura telah dimanifestasikan di dalam susun atur bandar yang dibahagikan kepada kawasan upacara, pusat politik dan kawasan penempatan utama.

“Banzu”, sebahagian daripada tamadun Singapura yang telah dirakamkan dengan cara terperinci oleh pengembara Cina dan Portugis. Ia adalah tempat yang dibina indah serupa dengan apa yang ada di kerajaan Srivijaya. Penduduk banzu tinggal di sebuah deretan rumah sepanjang landaian (terrace) dengan cara yang sangat teratur dan cermat. Penduduk yang menetap di situ hidup aman damai di bawah penjagaan penghulu. Mereka bekerja mengeluarkan garam dari air laut dan sebahagian pula terlibat di dalam penapaian beras bagi membuat minuman keras.3

Singapura dibawah pemerintahan raja-raja juga adalah sebuah bandar kosmopolitan. Penduduk berbangsa Cina, India, Arab, Parsi dan orang laut berinteraksi antara satu sama lain. Komuniti-komuniti ini tinggal bersebelahan dan terlibat di dalam perdagangan yang sama. Terdapat bukti dari Wang Dayuan yang menunjukkan bahawa sesetengah orang Cina telah mengikut gaya hidup dan pakaian orang Melayu. Ini menunjukkan keamanan dan keharmonian yang bersama yang wujud di antara masyarakat.

1 Kwa Chong Guan, Derek Heng and Tan Tai Yong, Singapore: A 700-Year History (Singapore: National Archives of Singapore, 2009), p. 28.

2 Derek Heng, “Export Commodity and Regional Currency: The Role of Chinese Copper Coins in the Melaka Straits, Tenth to Fourteenth Centuries”, Journal of Southeast Asian Studies, 37, 2 (2006), pp. 179-203.

3 Paul Wheatley, The Golden Khersonese (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1961), p. 82.

 

Photo Credit: chooyutshing via Compfight cc

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment